August 16, 2016

Pyar, tune kya kiya?

ASSALAMUALAIKUM...
bila check2 balik, dah 8 bulan i tak update blog..err macam la blog hang ni femes sangat kan rumaizah? lol okay so tinggal few weeks je sebelum cuti sem habis and tbh i rasa macam takde buat benda bermanfaat pun sepanjang cuti yg agak panjang ni...haritu je rasa terisi sikit cuti bila my sweetheart ikin datang and then kitorang jalan2 almost everyday...bla bla bla...

Just nak share yg haritu i ada tengok this programme on zee, Pyar Tune Kya Kiya..hindustan la kannn haha actually dulu memang rajin tengok..cite ni every weeks episod yg berbeza, and cite pasal cinta je..i guess based on true story kot..so there's a story about Parth, young + good looking + rich but macam lembut sikit, innocent n baik..tak merokok tu sume..one day dia keluar dengan his friends sebab dia memang tak suka duduk rumah, tak tenang katanya..pastu dia accident and terlanggar orang, bla bla bla dia kena tangkap and masuk sekolah juvana..memula tu dia kena buli, normal la tu kan sebab dia ni tak pandai melawan tapi dia jumpa this guy, Sooraj...hensem teruk Sooraj ni haha tapi Sooraj memang jenis tak banyak cakap and tak bercampur dengan student lain..tapi cite ni just kat asrama jela, takde kat sekolah..
So lama2 dia dengan Sooraj makin rapat, Sooraj protect dia bila ada orang nak buli si Parth ni...satu hari ni si warden ni ternampak Parth mandi since bathroom dorang kat luar,and warden ni tengok Parth tu semacam haha yg ni scary. Warden ni pernah datang kat Parth masa dia tengah bersihkan tingkap, dok pegang2 dia dari belakang tapi Parth marah and kebetulan Sooraj ada kat situ so warden tu takut orang lain nampak and dia pun pergi.

Namun begitu, warden ni tak mengaku kalah hahahaha satu malam tu Parth tengah buat keje sikit kat kantin i guess..tiba2 warden tu datang lagi dok raba Parth..seperti yg dijangkakan hero si Sooraj tu datang selamatkan Parth..and few minutes lepas tu dia plan dengan yg lain utk tangkap warden tu, masukkan dia dalam guni pastu belasah ramai2 haha memang patut pun kena camtu..dannnn warden tu still taknak mengalah, dia pun ajak geng2 dia belasah Sooraj tu..Keesokan harinya, Sooraj dapat berita yg dia akan keluar dari hostel tu..malam sebelum dia keluar, dia lepak kat tangga pastu warden tu datang gelak2 and bagitau dia yg lepasni dia bleh buat apa je dia nak kat Parth tu..si Sooraj tu pun geram la..dia pun bunuh warden tu masa warden tu tengah mandi. Dia cakap yg dia takkan benarkan sape2 buat jahat dengan Parth dia tu. Dipendekkan cite dia tak keluar plak, tapi Parth plak yg akan keluar sebab abang ipar dia dah jamin dia..sebelum dia balik, Sooraj ada bagi kapak kecik yg Sooraj tu buat sendiri and pesan kat dia kalau sape2 cuba apa2kan dia, just bunuh je dengan kapak tu. Parth pun balik and malam tu abang ipar dia masuk bilik and faham2 la...err...rupanya dari kecik lagi Parth kena cabul dengan abang ipar dia..dia takut and dah banyak kali mengadu kat akak dia tapi akak dia tak percaya..Sebab tula dia tak suka duduk rumah, and abang ipar dia paksa dia malam tu. Dia marah, gaduh sikit pastu last2 dia amek kapak Sooraj tu bagi and bunuh abang ipar dia...akak dia just mampu tengok dari luar and nangis je.

So Parth pun masuk balik sekolah juvana tu and jumpa Sooraj..dia cakap kat Sooraj yg Sooraj betul, masyarakat takkan terima orang macam dorang..dan mereka pun hidup bahagia sebab Parth lagi rela duduk situ daripada kena aniaya dengan masyarakat. I rasa dorang ni gay couple. Tapi i jugak rasa yg lebih baik Parth stay dengan Sooraj..at least Sooraj ikhlas dengan dia and protect dia..daripada stay dengan orang yg baik kat depan tapi sebenarnya ada motif lain, amek kesempatan. 

Penat bebel, byeeeeeeeeeeee....

December 8, 2015

Draw my life

Hai! 
Busy weeks...and finally dah habis! 
Tak dinafikan memang too many things happened during this stressful weeks!
Jom cakap pasal my personal life..well tbh,I am currently tengah cuba untuk heal my heart,no more HE. Idk, maybe I am not good enough or maybe he never wanted me in his future. Damn hurt la kan,but why nak sedih lama2? 
Well I kinda proud of myself, selamber je tanya dia and told him everything..to me, kalau ada something yang bothering you and you asyik thinking about it, why not just let it go? tell him everything! Tak kisah la whatever the result is but at least you takkan regret sebab tak bagitau sume tu..I am happy that I am one of the people yang tak malu to tell people about my feeling. 
I admit that when he told me that he is finally managed to love someone, my life macam uwarghhhhh what should I do? It's over now...And now rasanya dah seminggu lebih since that night...
Actually there's a guy, dia macam the male version of me..dia tak kisah pun nak cakap pasal his feelings,he told me whatever in his heart...
Idk whether to give 'love' another chance or just go with the flow..
I'm not sure if this is what Allah has planned for me, should I accept it?? 
Sebenarnya malas taw nak fikir pasal ni, tapi hurm...

Okay next! 
Apart from that rasanya I am quite happy with apa yang I ada sekarang...
Thanks to Allah sebab bagi roommates yang bleh je join sekaki, merepek tengah2 malam...And now tak sabar nak g jalan2 dengan dorang, vacation vacation vacation!! Can I bring my boo along?? Plssssssss.....
Sebab dulu kitorang pernah cakap pasal this kind of vacation..and I really want to fulfil them..
Tapi 1 problem jela, she has her own friends...nak bandingkan dengan I ni memang hmmm...
Let me get this straight, I am a loyal person..so kalau kawan dengan someone memang kalau bleh g mana2 pun I nak bawak that person..because to me susah kot nak jumpa someone yang willing to accept our flaws and still nak kawan dengan kita..So since i've found one,well actually banyak haha so why not kalau I try whatever I can to show that I sangat appreciate them in my life..

Hurmm tu jela kot...gotta go, sambung buat assignment..bye!

November 13, 2015

There's a storm in my heart

So finally I've decided to share everything here, let it out everything that holds me back.
 It's like a nightmare that keeps coming every night and a shadow that refused to leave..
Since I was kid, I've been told that I'm a shy girl. Dia macam somebody told me "Rumaizah, you're a shy girl. So behave like that."
At first I thought it was a good thing so I ikut jela.
But then bila dah besar I started to realised that it wasn't a good thing. 
Being an introvert will hold you back from achieving something wonderful or maybe even your dreams.
So I decided to change that, I mula cari kawan baru and got few..
We went out and all she got was a krik krik from me..bukan sepanjang masa but most of the time..idk,maybe tak comfortable sebab she brought her friends along. I balik but I can say that tak distracted sangat with that. I'm sure she will understand.
And then I went out with another friend, the same thing happened because of the same reason. Haha. Funny isn't it?
Tried to change but I failed every second of it.
And this time tbh I am so distracted! 
This might sounds stupid but I cried all night,mad at myself.
And recently..well actually yesterday I went out with one of the most special people in my life. 
And macam biasa the same thing happened..yay! =( 

I tried actually,bagi response and all..tapi selalunya ada 2 je..
whether people tak dapat tangkap our jokes (i suka buat lawak actually lol) and tetiba the conversation benti kat situ je. KRIK KRIK.
And the other one hurm I tak dapat peluang nak cakap haha sounds funny but true. Tak elok kan menyampuk haha tapi dengan keluarga bonda and roommates selamber je menyampuk coz once I dah mula rasa selesa I tak bleh stop cakap lewlz


And yeah last night was so hard, cant sleep..cried a bit..dah lama tak nangis,kadang2 kena jugak..sebab when 'that thing' happened pun I didnt shed a tears, so last night macam all together la,disappointments and all those negative feelings I kept before..
And Alhamdulillah, Allah sent me someone who made me forgot about that..
we're texting till 3.30am! Lol first time kot berjaga sebab nak whatsapp..haha
But nvm coz I'm happy that I tak rasa alone that night.


But whatever it is, I'm still proud of myself..
Walaupun kena going through disappointments, I'm still here standing, faking a smile. =) 

September 1, 2015

Lama menghilang

ASSALAMUALAIKUM


uih lama betul menghilang ni..finally berjaya yakinkan diri untuk update blog YEAHHHH
So nak start camne ek? hurm well sekarang tengah sem break and dah nak habis pun,sabtu ni nak balik yupiem tersayang =P
Rindu sesangat kat Faten, keluarga bonda, Jeszy, Zue, para roommates tersayang Nabila n Huda..well walaupun kadang2 life kat sana agak susah sikit, stress dengan schedule yang pack gila! pastu nak tunggu bas lagi yang hampir setiap masa penuh, and panas plak tu! balik penat pastu nak basuh baju, well kawan2 kat aras aku memang dah tau aku jenis yang basuh baju manual, tak pakai machine pun haha malas sebenarnya nak tunggu siap, better basuh sendiri then terus jemur..SIAP! tak payah tunggu lama2, baik tidur..
Banyak actually benda yang boleh buat aku mengeluh, but as long as takde masalah ngan kawan2 insyaAllah tak stress sangat la.. =)
Hopefully next sem nanti takde pape issue lagi ngan sape2, biarlah aku belajar dengan tenang haha no more tears pls!!! 
And i need to change my attitude, jadi talkative sikit so takde la krik krik moment lagi ngan sape2 haha 
And i really really really hope that next sem dapat kawan baru, bestfriend ke..yang boleh join aku ngan Faten hangout..yela kitorang selalu berdua je, teingin jugak nak jadi kecoh, havoc macam first sem dulu =( really miss those moment..

So secara jujurnya i'm quite happy with my life right now..i have good friends by my side,they are toooooo special to me, i would kill for them! hahaha
and with him, alhamdulillah Allah masih nak bagi peluang for this relationship walaupun macam2 dah jadi, idk why..just cannot move on haha 
well i hope all the things yang aku bayangkan selama ni, with him akan jadi kenyataan..insyaAllah 4-5 tahun lagi, pray for us okay! hihi 
Okay nak cakap apa lagi?? hurm tu jela kot, babai!!!!

February 15, 2015

Review Aashiqui 2

ASSALAMUALAIKUM


Phew! akhirnya saya berjaya paksa diri untuk update blog harini..hurm lama sangat dah tinggalkan blog ni tanpa entry baru.
So malam ni nak buat review pasal sebuah film Bollywood, Aashiqui 2..sangat box-office kat India. Sebenarnya dah lama dah tengok cerita ni cuma takde kesempatan nak buat review. Cerita ni agak baru la, tahun 2003..hurm pasal seorang penyanyi lelaki,kira macam rockstar la..lakonan Aditya Roy Kapur (Rahul Jaykar) yg tiba2 je jadi terkenal, banyak menang awards namun dia ni alcoholic..
Pergi mana2 je mesti dia akan minum..
Dan pada satu malam tu dia ada konsert dan someone sabotaj konsert tu,Rahul pun bergaduh tumbuk2 and last2 dia tiba2 sampai kat sebuah bar..kebetulan waktu tu heroine cerita ni lakonan Shraddha Kapoor (Arohi Keshav Shirke) tengah menyanyi, lagu si Rahul plak tu..
Habis je Arohi nyanyi Rahul terus approach Arohi sebab terpukau dengan suara merdu dia tu. Sebenarnya sebelum ni dorang pernah terserempak tapi Arohi tak cam Rahul ni. Nak dipendekkan cerita Rahul ajar Arohi nyanyi sampai la Arohi jadi terkenal. Cerita ni kurang perfect sebab dorang tak kawin tapi hidup macam suami isteri. Tapi yg eloknya cerita ni tak banyak scene 18sx tu sume..haaa kat situlah specialnya cerita ni. Rasa ada satu je kot. So far the best love story movie i have ever seen! Konflik timbul apabila Arohi lebih terkenal dan dihargai berbanding bf dia sendiri, Rahul. Karier Rahul pun tak boleh support kehidupan dia sendiri, duit banyak habis beli air tu je. Dalam cerita ni kita boleh lihat struggle seorang alcoholic, mungkin only a few of them. Dan cinta Arohi pada Rahul tak pernah pudar walaupun karier Rahul dah musnah. Rasanya lebih 3 kali kot tengok cerita ni. Dan semua lagu dalam cite ni best! tengok music video pun dah boleh buat saya nangis, lagi2 bila faham maksud.
Sebab tu sampai sekarang kalau sesiapa yg suruh saya suggest bollywood movie, Aashiqui 2 akan tetap jadi pilihan. A must watch film! 5/5!!



December 29, 2014

Momen-momen indah penghujung semester 1

ASSALAMUALAIKUM

Ya, semester 1 dah nak habis dah..tinggal seminggu je lagi and sekarang minngu final exam..
Rasa macam sekejap je, and saya (tukar balik =D) nak share detik-detik indah waktu penghujung sem 1 ni..hihi 

1- Forum Bersama Editor-Penulis
Forum ni organised by kelas saya untuk kursus Penglahiran Bakat Kreatif..Pensyarah kami invited beberapa orang penulis,editor semua untuk kongsi ilmu dorang dengan kami semua..
Sebelum ni pensyarah kami Dr. Kamariah ada cite pasal program ni tapi dia tak bagitau siapa panel jemputan and kebetulan masa tu saya boring2 pastu google puisi..terjumpa satu puisi ni,sangat dekat dengan hati saya.mungkin sebab puisi tu beri jawapan dalam bentuk yang ringkas dan mudah, yang saya sendiri tak boleh luahkan..Penulis puisi tu Cik Ainunl Muaiyanah Sulaiman..
Masa tu aku rajin sikit2 share kat insta semua haha
And few week before Forum tu dijadualkan berlangsung, aku dapat tau salah seorang panel tu merupakan Cik Ainunl sendiri..excited sangat bila dengar macam tu..
Balik kelas terus tweet kat dia hehe and lepas tu cepat2 beli novel dia Sepetang Di Kafe Biblioholic..
Sebenarnya tu novel pertama yang saya beli, sejujurnya tak minat sangat baca novel.
Saya lebih suka baca puisi =) Kebetulan kat mph tu tiggal 2 sahaja novel tu..itupun ambil masa lama nak cari..So, saya beli satu..Faten beli satu =)
Sebab terlalu excited saya terus baca bila sampai kolej haha
Okay2 panjang sangat, so akhirnya saya jumpa Cik Ainunl...
Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu haha dia sangattttttttt baik, peramah, sporting, cute, kelakar haa apa lagi..haha kawan2 yang lain pun excited jumpa dia..
Tapi agak sedih sebab saya tak sempat kongsikan betapa terujanya saya dapat jumpa dia, lepas tu pasal saya suka sangat baca puisi2 dia..and banyak lagi! haha
Harap dapat jumpa dia lagi pasni =)

2- haa apa lagi ek? dapat bergambar dengan encik pengarah haha
3- movie date with Jeszy and her friends! All of them indian tapi saya sangat selesa kecuali bila dorang berbual dalam Tamil haha so saya just senyap jela..
Layan movie Tamil okay, Lingaa...Rajinikanth, Anushka apa ntah and Sonakshi Sinha..
Petang keluar dan lewat malam baru balik..kalau boleh taknak balik sebenarnya haha
sebab saya memang suka jalan2 =) 

Okay tu je kot, taknak share banyak2 haha 
Btw yay dapat ramai kawan baru! hehehehe 

December 23, 2014

Cerpen 2: Sebelum Langit Merusuh

SEBELUM LANGIT MERUSUH

“Mengapa sukar untuk Fana maafkan abang?”
”Maafkan abang? Abang sudah melukakan hati Fana...Abang sudah ingkari janji cinta kita!” balasku teresak-esak.
“Tapi abang sudah sedar kesilapan abang, Fana. Abang menyesal.”
Itulah dialog perbualan aku dan suamiku, Irham yang berlaku hampir setiap hari. Rumah tangga yang kami bina hampir 5 tahun tiba-tiba goyah diuji Allah. Seperti pasangan lain, kami juga pernah bahagia, pernah merasai kemanisan bercinta berpaksikan hubungan yang halal. Kami berkenala ketika di bangku sekolah lagi, sama-sama berjaya menjejakkan kaki ke universiti, sama-sama berdiri megah menggenggam segulung ijazah, sama-sama melangkah ke dunia pekerjaan. Entah bila hati kami mula terpaut pada satu sama lain, sesungguhnya perancangan Allah itu amat indah. Aku langsung tidak pernah mendengar si dia meluahkan kata-kata cinta sebelum kami bernikah. Dia hanya bertanya ringkas.
“Fana, awak hendak menjadi isteri saya?”
5 perkataan yang tidak pernah kuduga akan keluar daripada mulutnya. Pada awalnya aku fikir dia hanya bergurau kerana mengenangkan siapalah aku di matanya. Aku tidaklah secantik mana jika dibandingkan dengan si dia yang tampa dan menjadi igauan wanita-wanita teman sekerjanya. Namun, wanita berpipi tembam ini pula menjadi pilihannya. Setelah berfikir panjang dan menunaikan solat sunat istikharah memohon petunjuk Allah, aku bersetuju menjadi isterinya. Ibu dan ayah sangat gembira dengan keputusanku untuk mendirikan rumah tangga memandangkan aku merupakan anak bongsu mereka dan keputusan yang aku ambil telah melegakan hati mereka kerana akhirnya akan ada insan lain yang akan menjagaku, menggantikan tempat ayah dan ibu. Majlis pernikahan kami diadakan di masjid dan persandingan pula dilangsungkan secara sederhana di rumah. Menurut Irham, cukuplah sekadar mengundang saudara-mara dan rakan terdekat. Irham sangat ringkas orangnya, namun begitu dia masih mengutamakan pilihan dan kehendakku mengenai perkahwinan impianku. 
Kami dianugerahkan 2 orang cahaya mata, kedua-duanya putera, Irfan dan Ziham. Sesungguhnya aku dan Irham bersyukur kerana Allah memilih kami untuk memikul tanggungjawab dan amanah sebagai ibu bapa. Namun, mahligai kami yang pada awalnya tersergam indah perlahan-lahan goyah. Aku diuji dengan kecurangan Irham ketika aku secara tidak sengaja terbaca satu pesanan ringkas yang dikirim oleh seorang wanita kepada Irham. Isi kandungan pesanan ringkas tersebut yang mengandungi kata-kata manis umpama pasangan yang sedang lena dilamun cinta seolah-olah suatu panahan berat yang memanah dinding hatiku. Kolam mataku mulai terisi air jernih lalu tumpah membasahi pipi. Aku cuba menghentikan tangisan dan meminta Irham memberikan penjelasan membela dirinya. Rupa-rupanya aku telah dikhianati selama hampir 2 tahun. Dia ingin memberitahuku akan kekhilafannya namun tidak sanggup melihat aku terluka. Sejujurnya, mungkin aku masih boleh bersabar jika kenyataan tersebut aku ketahui melalui Irham sendiri namun Allah menetapkan yang sebaliknya. Ya Allah, sungguh berat dugaan-Mu. 
“Maafkan abang,Fana...abang tahu abang tidak seharusnya mengkhianati Fana...untuk pengetahuan Fana, abang sudah tamatkan hubungan abang dengan wanita itu sebulan yang lalu, tapi dia enggan berhenti menghubungi abang.”
Permintaan maafnya sedikit pun tidak aku endahkan. Malahan aku membawa anak-anak kami keluar daripada rumah. Walaupun Irham beberapa kali cuba menghalang keputusanku untuk keluar meninggalkan rumah, aku tetap berdegil. Mana mungkin aku dapat tinggal sebumbung malah bertentang mata dengan orang yang mengkhianatiku saat segala cinta di dada kucurahkan hanya kepadanya. Aku membawa Irfan dan Ziham menginap di rumah teman baikku, Aina buat sementara waktu. Mujurlah Aina tidak keberatan membenarkan aku tinggal di rumahnya. Malam itu aku cuba mendapatkan nasihat daripada Aina.
“Kau benar-benar yakin dengan keputusan kau, Fana? Jangan buat keputusan secara terburu-buru”, ujar Aina yang terkejut apabila aku membuat keputusan drastik untuk berpisah dengan Irham. 
“Aku nasihatkan kau berdoa kepada Allah, minta petunjuk daripada-Nya. Jangan buat keputusan dalam keadaan marah, kelak kau yang terluka.”, tambah Aina lagi.
Sepanjang malam aku berjaga memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dan jalan untuk menyelesaikan kekeliruan dihati. Keesokan harinya, aku pergi ke pejabat seperti biasa sesudah menghantar Irfan dan Ziham di pusat asuhan. Aku sangkakan kesibukan di tempat kerja dapat melekakan mindaku daripada memikirkan masalah di rumah, namun tumpuanku tetap terganggu. Hampir 2 minggu aku tidak dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan, malah prestasiku juga terjejas. Akhirnya aku diberikan cuti sebulan oleh majikanku supaya aku dapat menenangkan fikiran setelah menceritakan dugaan yang menimpaku. 
Aku menggunakan cuti tersebut untuk pulang ke kampung. Di samping ingin menenangkan fikiran, aku juga ingin menziarahi ibu saudara di kampung yang ku panggil Mak Cu. 
“Mama, kenapa papa tidak pulang bersama-sama kita?”
“Betul itu mama, di mana papa?
Pertanyaan Irfan dan Ziham menghentikan lamunanku terhadap kampung yang telah lama tidak kulawati. 
“Irfan dan Ziham, papa sibuk..papa akan ikut kita kemudian.”, balasku sekadar untuk menjaga hati mereka. Ini bukan kali pertama mereka bertanyakan mengenai bapanya. Beribu soalan telah mereka ajukan dan beribu helah telah aku berikan agar mereka tidak dapat menghidu masalah antara aku dan Irham. Mujurlah jarak antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan tidak begitu jauh, Irfan dan Ziham tidak sempat bertanya banyak. 
Kepulangan kami disambut ceria oleh Mak Cu yang tinggal sendirian di rumah. Suaminya telah lama meninggal dunia, anak-anaknya pula sibuk mengejar dunia. Akulah yang sering menghubunginya bertanya khabar kerana memang sejak kecil aku rapat dengannya. Wajahnya mirip arwah ibuku, perwatakannya juga persis sekali. Ya, aku merindui ibu. Ayah? Semenjak ayah berkahwin baru, aku jarang pulang menemuinya, apatah lagi menelefonnya. Masih tersimpan sedikit perasaan kecil hati terhadap ayah kerana mudah mencari ganti setelah ibu meninggalkan kami. 
“Fana tidak pulang ke rumah menjenguk ayah dan umi?”, pertanyaan Mak Cu melenyapkan senyum riangku yang pada mulanya mekar teruja sebaik sahaja tiba di kampung.
“Mungkin kemudian...Mak Cu masak apa hari ini? Fana dan anak-anak lapar ni”, aku cuba menukar topik.
“Mak Cu masak makanan kegemaran Fana, Sambal Udang.”
Sudah lama benar aku tidak merasai air tangan Mak Cu. Kali terakhir adalah tahun lepas semasa Mak Cu melawat kami sekeluarga di Kuala Lumpur. 
Setelah selesai solat Isyak dan makan malam, aku menidurkan Irfan dan Ziham. Mereka kepenatan kerana seronok bermain di halaman rumah petang tadi. Tiba tiba aku dipanggil keluar oleh Mak Cu. Aku hairan namun aku dapat mengagak tujuan Mak Cu berbuat demikian.
“Mak Cu bukannya tidak suka Fana tiba-tiba pulang, cuma Mak Cu hairan. Kenapa Irham tidak ikut sama? Selalunya kamu tidak pernah berenggang dengan suami kamu itu.”
Pertanyaan Mak Cu membangkitkan semula kesedihanku.
“Sebenarnya Fana sudah tidak tinggal serumah dengan Irham. Kami ada masalah dan mungkin kami akan berpisah.”
“Ya Allah...Fana dan Irham beul-betul pasti dengan keputusan itu? Jangan buat keputusan untuk diri sendiri sahaja, fikir juga pasal anak-anak kamu berdua.”
“Baiklah Mak Cu, Fana akan fikir masak-masak sebelum membuat keputusan”, jawabku sekadar untuk menenangkan hati Mak Cu. 
Keesokan harinya aku bersiar-siar sebentar di pantai untuk mencari ketenangan. Aku duduk di atas sebuah batu besar yang menghala ke pantai sambil ditemani desiran angin yang menyanyi lagu indah dan pukulan ombak yang tidak pernah jemu menyentuh daratan. Setianya ombak, alangkah indahnya jika Irham juga setia dalam bulatan cinta kami. Nasihat Mak Cu masih terngiang-ngiang di telingaku. Salahkah keputusanku untuk mengakhiri perkahwinan yang kami bina yang pada mulanya berasaskan persahabatan hingga akhirnya lahir sebuah cinta? Adakah matahari akan kembali terbit sinarkan cahaya jika aku batalkan hasrat itu? Kebahagiaan siapa yang harus aku utamakan? Aku atau anak-anak yang jelas sekali memerlukan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa mereka? Beribu persoalan timbul menjengah fikiran. Lamunanku teralih kepada visual seorang bapa yang sedang melayan karenah anaknya membina istana pasir. Mereka kelihatan sungguh gembira sekali. Aku teringat akan ayahku. Kami sangat rapat ketika aku kecil. Ayah akan membawaku ke mana sahaja dia pergi dan pada setiap petang, kami akan bersiar-siar menaiki motosikalnya mengelilingi kampung. Sungguh berharga kenangan aku bersama-sama ayah dan mungkin kenangan itu akan tetap menjadi kenangan, terkubur selamanya. Hubungan aku dan ayah kini mulai renggang. 
Aku sesekali tersenyum melihat keletah bapa dan anak tersebut. Tiba-tiba si ibu muncul menghampiriku dan duduk disisiku. Dia menceritakan bahawa dia dan anaknya membuat kejutan kepada si bapa yang mempunyai urusan pekerjaan di kawasan sekitar. Si bapa sangat terkejut dan gembira menerima kehadiran mereka dan terus menagguhkan urusan pekerjaannya selama sejam untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta. Apabila si ibu bertanya tidakkah tindakkannya akan memberikan kesan kepada pekerjaannya, si bapa menjawab ringkas.
“Abang akan lebih ‘rugi’ jika abang tidak menggunakan masa sejam yang ada untuk bersama-sama dengan keluarga yang abang sayang. Siapa tahu, mungkin sejam yang tersisa ini merupakan sejam yang terakhir untuk abang. Tujuan abang bekerja adalah untuk mencari rezeki demi keluarga abang, jadi tidak adil jika abang lebih mengutamakan hal kerja berbanding orang-orang yang abang sayang dan yang selama ini sentiasa berada disisi abang apabila abang rapuh. Lagipun, Atikah adalah satu-satunya anak kita. Abang tidak mahu Atikah terima nasib yang sama seperti abang, tidak pernah merasai betapa indahnya mendapat kasih sayang daripada seorang bapa. Walaupun abang sibuk, keluarga tetap yang utama bagi abang. Sebelum waktu terhenti, sebelum ‘langit’ merusuh..”
Mendengar kisah yang diceritakan oleh si ibu membuatkan hatiku bergetar gusar, benarkah tindakan aku memusuhi ayah selama ini? Hanya kerana ayah mencari pengganti baru ibu. Mencari pengganti tidak semestinya ingin melupakan yang lama. Mencari kehidupan yang baru namun yang lama tetap disemat didalam hati dan bukan bererti lupa. Kesimpulannya, semuanya terpulang pada sudut pandangan masing-masing yang kadangkala cuba mengeksploitasi kebenaran hingga terlahirnya kebencian. Ya Allah, aku berdosa. Aku derhaka. 
Aku segera meminta diri untuk pulang Bimbang jika masa mengkhianatiku untuk berjumpa ayah. Setelah memarkir kereta di halaman, aku berlari memasuki rumah sambil memanggil ayah. Ayah agak terkejut kerana aku langsung tidak memberitahunya mengenai kepulanganku ke kampung. Aku pantas merampas tangan ayah sambil melutut di kakinya.
“Maafkan Fana, ayah...Fana derhaka pada ayah, Fana tidak mengendahkan ayah. Fana sepatutnya hormat keputusan ayah, terima umi. Tapi sebaliknya, Fana memusuhi ayah. Fana cuma pentingkan diri sendiri, enggan lihat ayah bahagia.”
“Fana, ayah sudah lama memaafkan Fana..ayah faham situasi Fana dan ayah tidak paksa Fana terima keputusan ayah, cukuplah sekadar menghormati ayah dan umi.”
Jawapan ayah melegakan hatiku yang mulanya dipenuhi kerisauan jikalau ayah enggan memaafkanku. Aku merapati umi dan memeluknya erat. Aku dapat merasakan kehangatan pelukannya yang penuh kasih sayang dan keikhlasan, walaupun dia bukan ibu kandungku. Peristiwa yang berlaku ini mengingatkanku kepada sebuah hadis yang membicarakan tentang kepentingan berbakti kepada ibu bapa. 

Daripada Abi Abd al-Rahman Abd Allah bin Mas’ud r.a. Telah berkata: “Seseorang  lelaki telah bertanya baginda Nabi SAW apakah amalan yamg paling dicintai oleh  ALLAH? Baginda bersabda: “Solat apabila tiba waktunya (pada awal waktu)”.  Kataku: “Kemudian apa lagi?” Sabda baginda: “Berbuat baik kepada kedua ibu  bapa”. Kataku: “Kemudian apa lagi?” Sabda baginda: “Berjihad di jalan ALLAH”.
(Hadis Muttafaq ‘alaih)

Ayah mengajakku untuk tinggal di rumahnya memandangkan dia sangat merindui cucu-cucu kesayangannya. Aku akur dan segara pulang ke rumah Mak Cu untuk menjemput Irfan dan Ziham, pasti mereka melompat keseronokan kerana mereka juga kerap bertanya mengenai datuk mereka itu. Syukurlah malam itu akhirnya kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama menikmati makan malam, Mak Cu juga turut serta bersama-sama kami ‘menjamah’ kebahagiaan. Namun begitu, masih ada sesuatu yang tidak lengkap, Irham. Sejujurnya, aku sangat merinduinya. Umi memandangku seolah-olah dia dapat membaca kerinduan terhadap Irham diwajahku. Aku hanya melemparkan senyuman palsu. Aku berusaha sedaya upaya tersenyum tawa agar tiada siapa yang dapat meneka fikiranku, saat indah ini tidak perlu diganggu. Mujurlah ayah tidak bertanya banyak mengenai Irham. Aku hanya katakan Irham akan pulang kemudian kerana sibuk dengan urusan kerja. Namun, riak wajah umi tidak menunjukkan bahawa dia percaya dengan kata-kataku. Mungkin naluri wanitanya dapat menghidu kepalsuan kata-kataku.
Setelah selesai makan malam, aku duduk sendirian di pangkin di halaman rumah berlampukan bulan dan bintang-bintang. Cuaca pada malam ini agak tenang namun seketika kelihatan guruh memancarkan sinar di sebalik awan. Begitu juga setenang-tenang hatiku melihat keluargaku dapat bersatu semula, namun disebaliknya terkurung sebuah duka yang telah lama terluka. Umi datang menemuiku dan duduk di hadapanku, mungkin dia ingin memulakan perbualan antara seorang ibu dan anak yang sepatutnya telah lama dilaksanakan. Namun, sikap egoku menghalang hal itu berlaku. 
“Umi tahu Fana ada masalah....jika Fana menganggap dan sudi menerima umi sebagai ibu Fana, umi harap Fana dapat berkongsi masalah Fana dengan umi. Sekurang-kurangnya umi cuba untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Fana.”
Mungkin sudah tiba masanya aku mencabut topeng ego di muka dan bersikap terbuka dengan umi. Aku harus hentikan kepura-puraan ini supaya ringan sedikit beban yang aku harus pikul sendiri. Perlahan-lahan aku menceritakan segala-galanya kepada umi dan umi mendengar dengan penuh khusyuk. 
“Fana, tujuan kita mendirikan rumahtangga adalah kerana Allah, umi yakin Fana tahu mengenainya. Tapi kadangkala kita tidak sedar bahawa kita lebih mencintai suami berbanding Allah. Jadi, Allah hendak mengingatkan kita dengan menurunkan musibah kepada kita supaya kita kembali kepada-Nya. Sebab lain juga kerana dosa-dosa kita yang lalu. Umi juga tahu bahawa Fana masih menyayangi Irham, namun Fana masih ragu-ragu untuk memaafkannya. Mungkin Fana terlupa bahawa setiap perkara yang berlaku di dunia ini adalah atas keizinan Allah. Mungkin juga salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa lalu kita yang kadangkala kita terlepas pandang. Pujuklah hati Fana untuk memaafkan Irham. Penceraian sememangnya dibenarkan dalam Islam, namun itu tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya memutuskan ikatan halal tersebut tanpa melalukan sebarang usaha untuk menyelamatkannya terlebih dahulu.”, jelas umi panjang.
“Tapi umi, bagaimana jika Irham masih mengulangi perbuatan tersebut selepas Fana memaafkannya?”, tanyaku bimbang.
“Hiraukan sahaja bisikan syaitan itu, pasakkan di dalam hati bahawa Fana menerima Irham kerana Fana ingin melihat dia berubah dan kerana Fana ingin bersama-sama Irham dan kedua-dua anak kalian memasuki syurga Allah. InsyaAllah, segala-galanya akan dimakbulkan oleh Allah. Binalah sesuatu ikatan itu dengan niat yang suci agar keberkatan Allah sentiasa mengiringi.”
Nasihat umi aku hayati. Perlukah aku memaafkan Irham dan melupakan segala-galanya? Persoalan ini masih belum terjawab. Pagi esoknya setelah selesai bersarapan, umi meminta aku untuk menemaninya ke pasar. Aku tinggalkan Irfan dan Ziham yang masih sedang tidur di rumah bersama-sama datuk mereka. Sementara menunggu umi selesai berbelanja, aku menikmati secawan kopi sebentar di warung berhampiran pasar. Menikmati secawan kopi ketika cuaca yang masih lagi dingin kerana hujan lebat malam tadi sungguh mendamaikan. Fokusku ketika menikmati kopi tiba-tiba terganggu oleh kekecohan yang berlaku di dalam warung tersebut. Kelihatan seorang remaja perempuan berseluar jeans biru, sepasang t-shirt dan jaket biru lusuh sedang bertengkar dengan pemilik warung tersebut. Pemilik warung tersebut berang kerana remaja tersebut tidak mampu membayar minumannya. Aku mendekati mereka untuk menenangkan kedua-duanya dan menawarkan diri untuk membayar minuman remaja tersebut. Setelah segala-galanya selesai, aku menjemput remaja yang berumur lingkungan belasan tahun itu untuk duduk bersama-samaku dan memesan segelas air masak untuknya memandangkan dia kelihatan sangat tertanggu kerana pergaduhan sebentar tadi. Aku mula bertanya beberapa soalan kepadanya dan pada awalnya dia agak ragu-ragu namun beberapa minit kemudian dia mulai selesa denganku. 
Menurut remaja yang bernama Farisya itu, dia datang daripada keluarga yang susah. Bapanya telah lama meninggal dunia dan kini dia hidup bersama-sama ibunya yang kian uzur. Sebelum ini, kehidupannya tidak begitu susah. Kedua-dua abang dan kakaknya sangat bertanggungjawab dalam menyara kehidupan mereka. Namun, kebahagiaan yang menghuni kehidupan mereka tidak lama. Beberapa tahun yang lepas, abang dan kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa mereka. Semenjak dari hari itu, kehidupan dia dan ibunya berubah. Mereka kehilangan punca pendapatan dan akhirnya Farisya terpaksa menggalas tanggungjawab dengan bekerja sambilan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Walaupun dia bekerja sambilan, namun pelajarannya tidak pernah diabaikan. Buktinya, dia merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya dan kerap kali memenangi pertandingan pidato oleh kerana bakatnya dalam melontarkan kata-kata. Namun begitu, sesekali dia dilanda masalah untuk membayar yuran kelas tuisyennya yang kerap kali tertangguh dan juga membeli keperluan sekolah yang lain seperti buku rujukan. Adakalanya juga dia terpaksa bekerja pada hari sabtu dan ahad bagi mendapatkan pendapatan lebih, Keadaan lebih meruncingkan apabila tiba musim peperiksaan. Kebanyakan pelajar akan mengulangkaji pelajaran pada masa lapang, namun berbeza pula dengan Farisya. Setelah selesai menjawab soalan, dia akan segera pulang dan sambung bekerja seperti biasa. Pada waktu malam pula, dia terpaksa bersengkang mata mengulangkaji pelajaran. 
“Farisya tidak bosankah dengan kehidupan Farisya? Sepatutnya pada usia begini Farisya sedang gigih menuntut ilmu, tapi Farisya pula sibuk mencari rezeki.”, omelku kerana kurang bersetuju dengan tindakan Farisya yang telah mula bekerja pada usia muda.
Farisya ketawa. “Tiada sebab untuk saya berasa bosan, kak. Saya juga sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya miliki. Saya percaya ada sebab Allah memilih saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Ibu juga selalu berpesan bahawa salah satu sebab Allah menguji kita adalah untuk mengangkat martabat kita disisinya. Jadi, mengapa kita harus merungut jika kelak darjat kita akan diangkat? Allah juga ingin memberi kita ganjaran pahala dengan setiap kesabaran kita dalam menerima ujian, jadi mengapa kita perlu menolak? Sebelum mata tertutup kak, sebelum ‘langit’ merusuh...apa salahnya saya gunakan peluang yang diberi dalam bentuk ujian untuk mengumpul saham akhirat.”
Kata-kata Farisya membuat aku terpegun seketika. Ayat yang dibicarakan oleh Farisya adalah ayat yang sama yang dikatakan oleh insan yang kujumpa di pantai semalam. Ah, mungkin hanya kebetulan. Hebat sungguh pemikiran gadis muda ini, sedangkan aku yang telah mencecah usia 28 tahun tidak pernah sedetik terfikir sebegitu. Sepanjang perbualan kami, wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman walaupun saat dia menceritakan fasa getir dan perih dalam kehidupannya. Dia seolah-olah menganggap musibah yang menimpanya hanya sekadar ‘usikan’ daripada Allah. 
Pertemuan singkatku dengan Farisya membuat aku berfikir panjang. Jika gadis semudanya mampu bersikap optimis sebegitu dan langsung tidak membenci kehidupannya sebaliknya tetap bersyukur, mengapa aku tidak boleh mengikuti jejak langkahnya? Mengapa aku masih tidak bersyukur dengan anugerah suami, anak-anak dan ibu bapa yang sedia berkongsi manis dan pahit kehidupan denganku? Aku sungguh malu untuk mengangkat muka di hadapan Allah di akhirat kelak. Mungkin tujuan Allah mempertemukan aku dengan Farisya adalah supaya aku dapat bermuhasabah diri dengan setiap kenikmatan yang aku terima di dunia dan juga setiap kesusahan yang sesekali hampir meragut kesabaran serta ketakwaan kepada-Nya.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku langsung tidak bersuara. Namun, berbeza pula dengan hati dan fikiranku yang tidak henti-henti berdebat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi saat ini. Ketika keretaku mula memasuki halaman rumah, aku ternampak sebuah kereta perodua Myvi yang tidak asing bagiku memarkir di ruang halaman rumah. Irham sedang menungguku di beranda rumah sambil ditemani ayah. Belum sempat Irham membuka mulut, aku pantas mencium tangannya dan mataku mula ‘bersuara’.
“Maafkan Fana, abang...Fana terlalu mengikut perasaan. Sepatutnya Fana berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan. Baru sahaja diberi ujian kecil seperti ini, Fana sudah mula hilang pertimbangan. Fana harap abang masih mahu menerima Fana dan anak-anak kita.”, ujarku kepada Irham yang sedang berdiri tunduk.
“Fana, sepatutnya abang yang harus bertanya soalan itu kepada Fana. Mahukah Fana menerima kembali suami yang berlaku zalim kepada Fana? Abang langsung tidak menyalahkan Fana mahupun membenci Fana. Marilah kita bina semula keluarga kita dan memberi didikan yang terbaik untuk kedua-dua putera kita.”, jawab Irham dengan tenang.
Semenjak itu, kehidupanku mulai berubah. Benarlah kata-kata terkahir yang pernah dipesan oleh ibu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terkahir, kata-kata yang dibisik ditelinga kananku. 
“Mengapa pula kita harus kehilangan sesuatu untuk memiliki sesuatu?”
Aku tidak kehilangan sesuatu, malahan aku telah memiliki sesuatu. Ayah yang dahulunya aku tidak endahkan kini menjadi teman baikku, umi yang dahulunya seolah-olah musuhku kini menjadi pendengar setia kepada cerita-ceritaku mengenai karenah anak-anak. Memaafkan orang yang pernah menyakiti hati kita bukan bererti kita lemah. Malahan, Allah sangat memuji hamba-Nya yang terlebih dahulu ‘menghulurkan’ tangan. Kehidupanku kini lebih indah, penuh gelak tawa. Prestasiku dalam pekerjaan juga kembali pulih. Waktu yang terluang ketika cuti aku gunakan sebaiknya bersama-sama keluarga. Kami juga sering pulang ke kampung melawat ayah, umi dan Mak Cu. Aku juga kerap berkunjung ke pantai dan warung yang menjadi tempat pertemuanku dengan insan-insan hebat yang menjadi utusan Allah dalam memberi petunjuk kepadaku, namun wajah mereka tidak pernah kelihatan. Aku berharap agar pada suatu hari nanti Allah sekali lagi mempertemukan kami agar aku dapat berterima kasih kepada mereka kerana membantuku mengecapi semula kebahagiaan dan ketenangan hidup yang aku miliki pada hari ini. Walau di mana sahaja mereka berada pada ketika ini, aku berdoa agar Allah akan sentiasa membantu mereka dalam melalui garisan kehidupan yang adakalanya bengkok dan berduri.