March 31, 2014

SEPATU LAMA

SEPATU LAMA

Aku sarung sepatu lama
Cuba berjalan seperti biasa
Cuba berlari dalam duka
Cuba menari irama syurga

Aku sarung sepatu lama
Cuba tersenyum melihatnya gembira
Cuba ketawa mendengarnya berjenaka
Cuba diam mendengarnya menyanyi cinta 

Dan aku masih berdiri di sudut itu...

AKU MIMPI

AKU MIMPI
 
Aku mimpi kita lihat bintang
Kau bilang 1, aku bilang 2
Kau bisik bintang itu cinta kita
Selamanya tak henti hitungan cinta
 
Aku mimpi kita lihat bulan
Kau pandang aku, aku kebingungan
Kau bisik aku jelmaan bulan
Selalu teman kau dalam kegelapan
 
Namun kini aku mimpi lagi
Bintang kita hanya 1 2
Kau kata bintang bukan cinta 
Suatu hari nanti lenyap semua
 
Aku juga bermimpi lagi
Aku pandang kau, kau hadirkan keresahan
Aku bukan lagi bulan hilang kegelapan
Aku hanya perhentian hilang keletihan
 
Dan aku masih berdiri di sudut itu...